Rabu, 18 Desember 2013

Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 1996 telah memberi petunjuk bahawa terdapat lebih kurang 8.3 peratus penduduk di Malaysia yang menghidapi penyakit kencing manis. Tapi apa yang kini menjadi masalah ialah masalah kencing manis yang dihadapi tidak disedari oleh separuh dari mereka

Jumlah penghidap kencing manis yang besar ini juga tidak boleh dijadikan ukuran bahawa penyakit ini adalah penyakit yang biasa dihadapi dan tidak perlu dipandang berat.

Penyakit kencing manis boleh dikatakan sebagai ibu segala penyakit. Ini kerana penyakit kencing manis boleh menjadi punca kepada penyakit yang lebih kronik yang boleh membawa maut seperti
penyakit jantung, angin ahmar, penyakit kronik ginjal dan ulser kaki.

Tiada ubat yang spesifik untuk penyakit kencing manis buat masa ini. Sesetengah ubat yang diambil secara teratur
bagaimanapun boleh mengawal penyakit kencing manis. Pesakit juga dinasihatkan mengamalkan kesihatan yang betul.


Penyakit kencing manis secara asas sainsnya dikaitkan dengan kadar gula yang berlebihan dalam peredaran darah. Ini terjadi kerana badan kekurangan hormon yang dipanggil insulin. Hormon ini diperlukan untuk menukar gula kepada tenaga dalam badan kita. Ia dihasilkan oleh organ bernama pankreas yang terletak di bawah perut.

Share

Follow fadah5 on Twitter

0 komentar:

Posting Komentar

Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!