Minggu, 29 Desember 2013

myMetro 8 Jul 2012
 
 
PETALING JAYA: Selepas dua dekad memberi harapan kepada pasangan sukar mendapatkan anak, Pusat Perubatan Tropicana (TMC) meraikan kelahiran bayi ke 3,000 melalui hasil rawatan teknik persenyawaan luar rahim, in-vitro (IVF) di sini, semalam.
Bayi lelaki yang kini berusia empat bulan dilahirkan Ranjit Kaur selepas sembilan tahun berusaha mendapatkan cahaya mata. Lebih 100 bayi yang dilahirkan menerusi kaedah sama turut memeriahkan majlis bertema ‘Celebration of Life’.

Ketua Pegawai Eksekutif TMC, Erica Lam berkata, dengan keupayaan dimiliki, TMC bercadang menyumbang untuk pelancongan perubatan dengan menarik pelancong dari Indonesia, Singapura, Vietnam, Kemboja, China, Bangladesh dan United Kingdom mendapatkan rawatan kesuburan.
“Kejayaan berterusan ini adalah cermin komitmen tidak berbelah bahagi kami bagi memenuhi impian pasangan yang ingin mendapatkan anak melalui rawatan kesuburan yang berpatutan.

“Kami komited menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan kesuburan dan reproduksi yang selamat dan berkesan,” katanya.

Menurutnya, setakat ini lebih 30 pasangan suami isteri dari Indonesia masih dalam program dan proses menjalani rawatan IVF di TMC.
innity_client = "72"; "591"; innity_channel = ""; innity_keyword = ""; src="http://innity.com/synd.js" type src="http://avn.innity.com/zone/591/1341712705866" type

Pakar Perbidanan, Sakit Puan dan Kesuburan, Dr Surinder Singh, yang juga Ketua Pusat Kesuburan TMC berkata, ada banyak punca ketidaksuburan iaitu 40 peratus berpunca daripada wanita, 40 peratus lagi lelaki manakala 20 peratus ialah kombinasi faktor berpunca daripada pasangan itu.

“Kebanyakan pasangan yang mendapatkan rawatan IVF ialah mereka yang berusia 35 tahun ke atas. Namun, bukan semua pasangan yang menghadapi masalah menjalani rawatan IVF. Kami melakukan rawatan tertentu bagi mengatasi masalah dialami, misalnya ada wanita hanya memerlukan pembedahan membuang ketumbuhan,” katanya.
GA_googleFillSlot("HM_Island_Ad_400x200");
Suri rumah, Yong Siok Fong, 38, menjalani rawatan IVF selepas dua tahun berusaha mendapatkan anak. Dia dan suami kini memiliki empat anak menerusi kaedah itu iaitu anak sulung, Ivan Choo, 6 dan kembar tiga, Choo Teng Shen, Choo Teng Song dan Choo Qin Lin, 19 bulan.

“Apa yang saya harapkan ialah semua anak sihat dan membesar dengan baik. Untuk membesarkan tiga bayi kembar bukan perkara mudah. Saya memerlukan dua pembantu bagi melancarkan urusan harian dan menjaga anak,” katanya.

Categories: , , , ,

0 komentar:

Posting Komentar

Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!