Sabtu, 21 Desember 2013


Gambar yang disiarkan dalam laman web Polis Diraja Malaysia (Royal Malaysia Police) ini memaparkan aksi seorang anggota trafik yang sempat dirakam oleh orang awam sedang membantu menolak kenderaan yang mengalami kerosakan di hadapan Masjid Negara, pagi semalam.

Sebenarnya, adalah biasa untuk melihat senario ini berlaku kerana anggota trafik bertugas biasanya akan melakukan apa sahaja bagi memastikan kelancaran trafik sekali pun terpaksa menyumbang tenaga daripada tulang empat kerat mereka.

Itu belum cerita bab jaga trafik di kala panas terik dan hujan lebat lagi!

Pendek kata, masyarakat seharusnya melihat jasa anggota trafik secara menyeluruh dan tidak hanya mengaitkan mereka dengan perkara-perkara negatif seperti rasuah sahaja.

Apatah lagi, lebih ramai anggota yang jujur berbanding sebaliknya. Justeru jangan disebabkan setitik nila, pengorbanan besar anggota trafik yang lain dipandang sebelah mata. – REM RAMZI

0 komentar:

Posting Komentar

Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!