Selasa, 25 Februari 2014

Antara Perkembangan Teknologi Dan Kecelaruan Psikologi

KITA sudah melihat perjalanan drama realiti kehidupan beberapa golongan insan yang bertindak melampau tanpa secara sedar menyedari mereka telah melakukan kesalahan
Bukan setakat mereka melakukan kesalahan tetapi mereka sebenarnya telah menyentuh sisi sensitif umat majoriti di negara ini Malaysia iaitu umat Islam tidak kira apa bangsanya.
Bermula dengan tindakan pasangan seks bebas Alvin dan Vivian (Alvivi) yang menghangatkan suasana dengan karya aksi seks mereka yang dipertontonkan kepada umum di laman web terbuka sehingga mempromosikan parti seks.
Kemudian, mereka melangkah setapak lagi dengan memuat naik pula poster mengajak umat Islam berbuka puasa dengan masakan cina berasaskan babi iaitu Sup Bak Kut Teh dengan ucapan “Selamat Berbuka Puasa”.
Kedua-duanya sudah pun didakwa sehingga terpaksa meringkuk di dalam penjara selama lapan hari sebelum diikat jamin.
Terbaru, Maznah Mohd Yusof, 38 tahun, atau Chetz Yusof mengejutkan umat Islam dengan video sambutan Hari Raya Aidilfitrinya iaitu seorang wanita memakai Baju Melayu serta meraikan Aidilfitri bersama tiga ekor anjingnya.
PELAKU ISU KONTROVERSI ALAMI KECELARUAN PSIKOLOGI
Dekan Fakulti Ekologi Manusia Universiti Putra Malaysia (UPM) Prof Mayda Dr Zaid Ahmad berkata pihak yang melakukan perkara-perkara sebegitu biasanya mengalami masalah kecelaruan psikologi ketika manusia hidup pada zaman pascamodenisme.
Mengulas isu Alvivi yang gemar merakamkan aksi seks mereka untuk tontonan ramai, Dr Zaid berkata kegemaran beberapa pasangan merakamkan aksi seks boleh dilihat berpunca daripada perkembangan teknologi komunikasi yang memungkinkan komunikasi tanpa bersemuka yang mengikis sifat malu.
“Alam siber memungkinkan komunikasi dan interaksi yang bersifar tidak bersemuka (non-face-to-face communication) berlaku dengen megitu meluas.
“Keadaan ini secara langsung mengikis sifat malu kerana apa yang dipertontonkan itu hanya besifat rakaman visual dan tidak ditnton secara langsung aksi live pelakunya,” katanya kepada Mynewshub ketika ditemui di UPM.
PROTES SOSIAL
Selain itu, beliau berkata ia juga boleh dilihat sebagai satu bentuk protes atau bantahan sosial dengan membantah apa yang sudah dianggap sebagai normal dalam kalangan masyarakat.
“Secara sedar atau tidak golongan yang dipengaruhi pemikiran ini akan melakukan sesuatu yang dimanifestasikan melalui tindakan melawan arus atau melawan norma dan nilai dalam masyarakat.
“Golongan ini suka melihat reaksi masyarakat atas perbuatan mereka yang dianggap menyanggahi nilai dalam masyarakat, melakukan provokasi dan cuba mempertahankannya dengan hujah-hujah seperti kebebasan dan hak asasi manusia,” katanya.
Menjawab soalan adakah golongan sebegitu merasa puas dengan melakukan kontroversi, beliau berkata kecelaruan psikologi itu memungkinkan mereka berasa puas dengan tindakan mereka yang dapat diperhatikan oleh orang lain.
“Terdapat golongan yang memiliki kecelaruan psikologi, merasakan seronok dan kepuasan apabila dapat memperlihatkan perlakukan seperti itu kepada orang lain,” katanya.
PENDEKATAN JANGKA PANJANG
Kerajaan dan pihak berkepentingan dalam memastikan masyarakat Malaysia lebih bermoral dan bijak dari segi pemikiran perlu memikirkan cara untuk memberikan yang terbaik kepada golongan sebegini.
Selagi, pendakwaan dan hukuman terus berlaku ia tidak akan menyelesaikan masalah yang sudah pun bercambah di peringkat akar umbi.
Penerangan dan bantuan yang diperlukan perlu diberi kepada mereka supaya mereka faham cemuhan masyarakat bukan bermakna mereka dibenci atau disisihkan dari masyarakat sebaliknya mereka diingatkan supaya sedar bahawa ramai masyarakat berlainan pemikiran berada di sekeliling mereka.
Kami sebagai penyebar dan platform menyedarkan masyarakat akan kewujudan elemn-elemen ini dengan tujuan masyarakat lebih terdedah kepada ancaman menggugat norma masyarakat dari menjejaskan keharmonian kaum.
Kami juga bertindak sebagai penyebar kepada aduan yang dikongsikan oleh pembaca demi membuka mata pihak berkuasa dan kerajaan untuk memulakan siasatan dan mengambil tindakan sesuai bagi memastikan keharmonian kaum terus terpelihara. – Mynewshub.my
 OLEH : IBNU K

0 komentar:

Posting Komentar

Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!