Tampilkan postingan dengan label polis. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label polis. Tampilkan semua postingan

Rabu, 25 Desember 2013

Penduduk Kampung Tak Perasan Polis Tahan Pembunuh Kejam | Penahanan seorang suspek kes rompakan dan bunuh pegawai AmBank Subang Jaya pada 23 Okt lepas di Kampung Tanjung Belungkor hari ini, mengejutkan ramai penduduk kampung berkenaan kerana mereka tidak menyangka suspek tersebut bersembunyi dikampung mereka.
Penduduk Kampung Tak Perasan Polis Tahan Pembunuh Kejam

Pemilik kedai makan Sayda, Saari Ahmad, 47, berkata beliau tidak menyangka suspek akan ditahan di kampung itu lebih-lebih lagi kawasan berkenaan bukan ‘laluan tikus’ untuk mana-mana individu keluar atau masuk ke negara ini.

“Saya hanya mengetahui kejayaan penahanan itu kira-kira pukul 10 pagi tadi daripada rakan dan pemberita. Tentulah saya terkejut kerana saya tidak dengar sebarang cakap-cakap mengenai penahanan itu sehinggalah dimaklumkan pihak media,” katanya.

Saari, yang tinggal dan berniaga berhampiran jeti nelayan sejak 20 tahun lepas, berkata beliau tidak melihat pergerakan keluar masuk polis ke kampung itu hari ini mahupun pergerakan mana-mana individu yang mencurigakan sebelum ini.

Katanya, terdapat kira-kira 20 rumah di situ dan kampung berkenaan juga mempunyai Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung bagi mengawasi keselamatan penduduk.

Seorang lagi peniaga kedai makan, Norlela Mohd Shah, 40, berkata beliau juga tidak menyedari penahanan itu mungkin kerana disebabkan hari hujan.


“Pagi tadi hujan lebat sejak pukul 6.30 pagi sebelum berhenti pada kira-kira pukul 8 pagi. Saya juga tidak menyedari kehadiran polis ataupun orang luar yang mencurigakan kerana ramai orang luar, terutama pemancing, kerap mengunjungi kampung ini,” katanya.

Seorang nelayan, Wira Yahya, 47, berkata ada kemungkinan suspek cuba meloloskan diri menggunakan jeti nelayan di kampung itu untuk ke negara jiran memandangkan kedudukan kampung yang berhampiran dengan Pulau Batam, Indonesia.

“Setakat ini, tiada mana-mana orang atau pendatang asing dilihat menggunakan laluan di kampung ini untuk menyeludup keluar kerana kawasan kampung ini kerap dironda pihak berkuasa seperti polis marin dan kastam.

“Bagaimanapun, saya tidak menolak kemungkinan untuk mereka menyelinap keluar dengan bot kecil kerana ada beberapa nelayan dan saya sendiri pernah kehilangan dua bot kecil beberapa tahun lepas, yang dipercayai dicuri mereka,” katanya yang menetap di kampung itu sejak 30 tahun lepas.

Polis hari ini mengumumkan kejayaan menahan suspek pada kira-kira 7 pagi tadi selepas bertindak atas maklumat Pasukan Cantas Khas Polis DiRaja Malaysia (PDRM). – Bernama

Senin, 23 Desember 2013

23 Ogos 2013
 
 sketsa wajah kelima pelaku (NDTV)
Mumbai, - Seorang   fotografer wanita di India diperkosa bergiliran oleh lima lelaki di sebuah bangunan kosong di kota Mumbai. Polis  pun melakukan pengejaran masiv atas para pelaku.

Polis setempat telah merilis lima sketsa wajah para pelaku berdasarkan keterangan mangsadan rakan kerjanya, yang bersama mangsa ketika kejadian. Demikian seperti dlaporan media India, NDTV, Jumaat (23/8/2013).

Pemerkosaan brutal itu terjadi pada Khamis, 22 Ogos malam sekitar pukul 20.00 waktu setempat di sebuah bangunan tak terpakai di kawasan Shakti Mills di Lower Parel, selatan Mumbai. Mangsa beserta rakan lelakinya sedang melakukan liputan untuk tulisan majalah mengenai bangunan-bangunan tua.

Menurut Komisioner Polis Mumbai, Satyapal Singh, empat dari lima tersangka diyakini berumur 20-an tahun. Setidaknya dua di antara mereka kemungkinan penagih dadah.

"Salah seorang tersangka merokok, dan dari cara gadis itu dan temannya menggambarkan dia dan lelaki lainnya, dia tampaknya penagih dadah," tutur Singh.

Kejadian ini mengejutkan publik Mumbai yang selama ini dikenal sebagai kota yang relatif lebih selamat bagi kaum wanita. Apalagi bangunan kosong tempat kejadian pemerkosaan ini berdekatan dengan stesyen keretapi Mahalakshmi yang ketika kejadian tengah dipadati orang.

Dikatakan polis  tersebut, mangsa kini sedang menjalani perawatan di rumah sakit di Mumbai. Menurut polis  tersebut, wanita berumur 22 tahun itu mengalami sejumlah luka-luka dalam. Namun pihak rumah sakit belum boleh dimintai keterangan lebih detail mengenai kondisi wanita itu.
  sumber:detikNews

Kamis, 19 Desember 2013

Salam semua,

Seorang pengantin perempuan berusia 16 tahun ditahan polis pada hari pernikahannya kerana suami menuduhnya tidak perawan lagi.Anak perempuan yang tidak disebutkan namanya kerana alasan undang-undang ditahan di kediaman keluarga suaminya dan dibawa ke pejabat polis tempatan untuk diperiksa.

Pengantin putri remaja ini mengatakan para pegawai polis memaki dan menghinanya. Ia ditahan sehingga keesokan harinya.Sejumlah laporan menyebutkan kes ini menimbulkan debat panas antara gereja Ortodoks-yang sangat berpengaruh-dan anak-anak muda yang cenderung menerapkan nilai Barat.

Keluarga anak perempuan tersebut ingin membawa kes itu ke mahkamah.Survey di Georgia menunjukkan seorang wanita harus perawan bila berkahwin, namun hal itu tidak berlaku bagi lelaki.Wartawan BBC, Damien McGuinnes, di ibu negara Tbilisi mengatakan pemerintahan modern Georgia sangat pro-Barat.

McGuiness mengatakan Georgia juga sangat ingin bergabung dengan Kesatuan Eropah.Namun masalah wanita yang berhubungan seks sebelum perkahwinan tetap merupakan masalah yang mengundang perbezaan pendapat di negara itu. – BBC

Sumber: http://assassincyber.blogspot.com/2012/07/pengantin-perempuan-ditahan-polis.html#ixzz20W0cEopU


Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!