Tampilkan postingan dengan label mati. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label mati. Tampilkan semua postingan

Kamis, 06 Februari 2014


ADA sebabnya mengapa setiap kenderaan diberikan had laju tertentu ketika berada di jalanraya mahu pun melepasi selekoh. Seharusnya undang-undang dipatuhi saja kerana pihak berkuasa sudah tentu telah menjalankan kajian sebelum menguatkuasakan had laju sesuai.

Jika tidak mematuhi had laju sepatutnya, inilah contoh terburuk yang boleh berlaku.

Bayangkan, pemandu sebuah lori yang sarat dengan muatan balak boleh ‘layan corner’ dengan selamba. Padahnya, kayu-kayu balak yang diikat di belakang lori tercabut lalu menghentam penghadang jalan.

Malangnya, ada pula manusia sedang berada di situ sewaktu kejadian itu berlaku. Maka, berlakulah tragedi kematian ngeri ala Final Destination.

Sewaktu layan corner pemandu lori mungkin hanya terfikir bahawa dia melanggar undang-undang. Tapi bila ada nyawa yang melayang seperti ini, bersedialah untuk menjawab dan bedepan tindakan undang-undang.

Walaupun kejadian ini berlaku di luar negara, kita sebagai pemandu boleh mengambil iktibar supaya sentiasa mematuhi undang-undang jalanraya. Siapa boleh menduga, kalau kecuaian kita boleh mengkibatan nyawa orang lain melayang seperti ini. – REM RAMZI

Senin, 30 Desember 2013

Gempar: Kanak-Kanak 12 Tahun, Lelaki Mati Akibat Silap Tembakan


Dua orang ini dikatakan menceroboh zon larangan dengan pergerakan luar biasa sehingga disyaki sebagai pengganas 

Seorang budak lelaki berusia 12 tahun maut manakala seorang lelaki berusia 30 tahun cedera dalam kejadian silap tembak ketika pasukan keselamatan sedang melakukan pemeriksaan di Kampung Sungai Bilis, Tanjung Batu pagi ini.
Pasukan keselamatan ketika kejadian sedang memeriksa sekumpulan orang yang disyaki mempunyai kaitan dengan pengganas sebelum berlaku pergerakan dalam belukar berhampiran yang menimbulkan kebimbangan pasukan keselamatan yang mereka akan diserang hendap.
Pasukan keselamatan telah melepaskan tembakan bagi mengelak diri daripada menjadi mangsa, malangnya tembakan itu mengenai seorang budak berumur 12 tahun tanpa disengajakan.
Perkara itu disahkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar dalam sidang media petang ini.
Kampung Sungai Bilis merupakan kawasan zon merah ketika ini.
Kedudukan itu menyebabkan sebarang pergerakan yang luar biasa mampu menimbulkan kemungkinan berlaku serangan oleh pihak pengganas.
Ketika awal konflik di Sabah, seramai enam anggota polis mati setelah diserang hendap oleh pengganas di Semporna dan jasad sebahagian besar mereka telah diperlakukan dengan kejam termasuk ada yang dipenggal kepala dan perut ditusuk dengan parang.
Berita lanjut menyusul….

Kamis, 26 Desember 2013

22 Nov 2013
Beijing, - Otoriti China hari ini mengeksekusi mati seorang lelaki yang membunuh bayi di dalam kereta yang dibawanya lari. Kes pembunuhan bayi tersebut   menggemparkan dan menuai kemarahan publik.

"Zhou Xijun telah bertemu anggota keluarganya dan kemudian dieksekusi sesuai hukum," demikian diberitakan Peoples Daily, surat khabar milik parti berkuasa China, Parti Komunis, seperti dilansir kantor berita AFP, Jumaat (22/11/2013).

Lelaki itu,   Zhou Xijun   mencuri sebuah kenderaan SUV di provinsi Jilin pada Mac lalu. Terkejut melihat ada seorang bayi laki-laki di kerusi belakang kereta, lelaki itu mencekik bayi berumur dua bulan itu. Setelah itu bayi tersebut dibuangnya di tepi jalan yang bersalji.

Ketika kejadian, orangtua bayi malang itu meninggalkannya sejenak seorang diri di dalam kereta, dengan kondisi injin kereta masih hidup.

Zhou tak lama kemudian menyerahkan diri kepada polis  setelah publik dan polis  melakukan pencarian besar-besaran untuk mengejarnya. 
Mahkamah di Changchun, ibukota Jilin, pada Mei lalu menjatuhkan hukuman mati ke atas lelaki  berumur 48 tahun itu. Dua bulan kemudian, mahkamah yang lebih tinggi menolak permohonan rayuannya.

Mahkamah Agung kemudian menguatkan hukuman mati tersebut. Dia pun dieksekusi mati hari ini di Changchun.

Otoriti China tak pernah mempublikasi jumlah total eksekusi mati yang dilakukan setiap tahun. Namun angkanya diyakini sebagai yang tertinggi di dunia.

Menurut organisasi Dui Hua Foundation yang berbasis di Amerika Syarikat, diperkirakan terjadi 3 ribu eksekusi mati pada tahun 2012 lalu. Ini merupakan penurunan 75 peratus dibanding tahun 2002 silam yang berjumlah 12 ribu eksekusi mati.detikNews
Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!